Sunday, August 9, 2009

Hadith Untuk Beramal


Assalamu'alaikum !

Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana lahir sebuah lagi media dakwah Islamiyyah dalam bentuk penulisan blog khusus membicarakan hadith-hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Penekanan adalah kepada hadith-hadith yang boleh terus diamalkan bermula dengan petikan dari Kitab Hadith Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim dan seterusnya mengikut keutamaan sepertimana yang telah ditentukan oleh para ulama hadith.

Dinamakan dengan 'Taman Syurga' kerana di sinilah diharapkan menjadi tempat sumber ilmu digali (selain Al Quran) sepertimana yang berlaku dalam majlis-majlis ilmu. Lantaran itu majlis seumpama itu diibaratkan sebagai Taman Syurga oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melalui hadith baginda.

Tanpa panjang bicara, saya serahkan kepada pengunjung budiman untuk memetik 'buah'nya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga memberi manfaat oleh Allah kepada kita semua dalam rangka menyediakan bekalan untuk bertemu Allah pada Yaumul Akhirah. Amiin

No comments:

Post a Comment